macam macam ada
www.beritagempakk.blogspot.com
Seorang penyanyi hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24 atau lebih dikenali sebagai SonaOne cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, jam 3.50 pagi semalam.
Ketika kejadian, Mikael Adam berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. Selepas ditarik keluar dari kereta, beliau dibelasah dan dipijak menyebabkannya terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.
Dia cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum pengsan tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka. Dia sekarang sedang dirawat di hospital. Selanjutnya, Berita Harian.